29 Jul 2010

Hey

Hey, belahan jiwa
mari bertelanjang sampai malam
apa gusar
esok, jika bayi keluar
ada yang sudi biaya bayar

3 Jun 2010

Jalang

Sejalang mana pun aku
tetap aku ini
seorang perempuan
yang wajar dilindungi hakku

apa hakmu
mengecaikan tubuhku
menjadi debu

Kemudian kau dakwa dakwi
dirimu pembela
kekejaman

7 Mei 2010

Sepah

Sayang
aku ada pertanyaan
sepah yang terbuang
adakah yang sudi
mengutip pungut
seadanya
bukan sekadar
pengesat kaki

21 Apr 2010

Cuci Dosa

Engkau kalau mahu cuci dosa
masuk bertanding pilhanraya
aku bagaimana?